*This e-book is in Malay language.
FOREX

DEFINISI

Forex adalah singkatan untuk Foreign Exchange, ataupun dalam Bahasa Melayu bermaksud Tukaran Matawang Asing. Ringkasnya, forex bermaksud urusniaga jual beli matawang di antara dua buah negara.

Contoh yang paling senang untuk kita lihat urusniaga forex adalah di premis pengurup wang (money changer). Di sana kita akan dapat melihat di papan matawang terdapat nilai yang berbeza-beza, seperti beli Amerika Dolar (USD) RM3.24 dan jual Amerika Dolar (USD) RM3.10. Ini bermaksud, sekiranya kita hendak membeli USD1.00 kita perlu membayar RM3.24 dan sekiranya kita hendak menjual USD1.00 kita akan menerima RM3.10. Inilah yang di namakan urusniaga forex ataupun tukaran matawang asing.

Urusniaga forex telah lama wujud di dunia ini selaras dengan kewujudan matawang. Sebelum tahun 1996, urusniaga forex hanyalah di buka kepada bank, institusi pelaburan dan individu berpengaruh sahaja kerana modal yang di perlukan adalah sangat tinggi iaitu sekitar USD10 juta. Jadi tidak ramai orang kebanyakkan yang mampu untuk berurusniaga dalam pasaran forex. Selepas tahun 1996, urusniaga forex dibuka kepada orang ramai dengan modal permulaan yang rendah. Hari ini purata dagangan forex mencapai USD2.5 trillion setiap hari.


untuk baca selanjutnya ...